kata hati 70: berubah

Posted: Sunday, January 22, 2012 by اليف عمر in
6

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


kembali menaip. :) 

"kau nih kolot lar.pakai camnih lagi.tukar lar sikit gaya tuh"

"skema gile ko pakai camnih.please lar tukar,sakit mata aku tengok."

"kau nih pemalu sangat lah.dengan perempuan pon nak malu-malu.open lah sikit.diorang bukan nak makan kau pon"
========================================================================
penah rasa/melalui keadaan macam ini?
for me,yes.
i've been through it before.
dan perkara ini buat aku terfikir.adakah wajar untuk aku berubah kerana orang cakap aku macamtuh? *refer to the dialogue above*
some people say no,and some people say u should.
for me,kita patut berubah pada perkara yang tertentu.bukan berubah secara keseluruhan/total,tapi pada sesetengah perkara.cara kita berfikir,cara kita bercakap,cara kita bermuamalat.

untuk situasi yang pertama dan kedua,pemakaian yang kolot.
ini selalu berlaku kepada pelajar atau orang yang masih lagi memakai pakaian yang tidak mengikut peredaran masa.
e.g: tudung labuh,kopiah/lebai,baju kurung,jubah,etc.
for this situation,bagi aku tak perlu untuk berubah.sebab cara pemakaian kamu sudah cukup elok.
bagi wanita,adalah lebih baik untuk memakai tudung labuh bukan seperti tudung berfesyen yang amat digemari pemudi2 zaman kini.ianya nampak lebih manis.dan menutup aurat. :) (just a personal view from me.) 
bagi lelaki pula,tidak rigid untuk kita memakai apa2 pon.asalkan menutup aurat.tapi pada bahagian rambut,segelintir daripada kita kini gemar menyimpan rambut yang panjang seperti wanita.katanya style.bagi aku tidak,rimas kot.tidak kurang juga ada yang mewarnakan rambut mereka,katanya nak tiru artis barat.ini buat aku semakin tertanya2,diorang buat macam nih diorang solat tak? =="
kebanyakan kita kini lebih suka tiru gaya artis dari tiru gaya nabi.hurm,,apabila artis diagungkan,ulama' dibelakangkan.
renung2kan.

untuk situasi yang ketiga,sifat dalam diri.
manusia nih masing-masing ada sifat mereka yang tersendiri.ada identiti mereka tersendiri.
tapi ada yang berubah kerana dengar cakap kawan.kerana ingin diterima masyarakat/komuniti.
macam dialog tadi,kawannya suruh dia bersikap lebih terbuka kepada wanita.
adakah perlu dia untuk berubah?bagi aku tidak perlu.
walaupun ramai akan berkata susah nak berinteraksi,berkomunikasi dengan mereka.sebab mereka terlalu pemalu.
tapi bagiku,mereka bukan pemalu,tetapi mereka hanya mahu menjaga ikhtilat antara insan berlainan jantina.
mungkin juga akan cakap mereka kolot.
tapi bagiku mereka hanya melindungi diri mereka dari terjebak dari kancah maksiat.
mungkin juga ada yang akan cakap "aku rileks jek.takde pon nak maksiat2 nih"
tapi bagiku mereka ini mengambil langkah berjaga2.bukankah "mencegah itu lebih baik dari mengubati"?
jadi hormatilah sifat masing2.mereka ada sebab untuk bersifat begitu.mungkin mereka telah dididik oleh ibubapa mereka,kemudian kita sesuka hati ingin mereka berubah mengikut kita.
tidakkah ibubapa mereka akan sedih jika melihat mereka berubah?
fikir2kan.
========================================================================
[update]-sebab kita berubah,kerana Allah atau kerana manusia?
Yang paling dirisaukan dalam berubah menuju kebaikan, adalah apabila kita mula diserang virus-virus ikhlas secara senyap.
Sebab apa awak nak berubah?
"Sebab saya dah ditinggalkan dia (teman lelaki). Saya rasa down sangat. Tak ada tempat nak bergantung."
"Sebab saya nak dia (perempuan yang disukainya) tengok saya ni sebagai lelaki soleh, yang sesuai untuk dia."
Berhati-hatilah. Berubah kerana manusia, belum tentu ke mana-mana. Kerana manusia pun belum tentu boleh bagi apa-apa balasan untuk menghargai usaha kita dalam berubah. Bahkan, belum tentu kita ini pun dilihatnya.
Mungkin saja kalau nanti kita dapat yang lain, kita akan kembali kepada dosa lama kita. Mungkin saja, kalau kita tak dapat dia yang kita suka itu, kita akan rasa 'frust' dan berhenti terus.
Maka jaga hati, biar berubah itu hala tujunya adalah Allah.Berubah kerana Allah, Allah akan jaga semuanya untuk kita.Berubah kerana Allah, Allah sentiasa ada, sentiasa melihat usaha-usaha kita.
~Afdholul Rahman of LangitIlahi[230112]
========================================================================
nasihat untuk diri sendiri:
di saat kita meniti usia remaja nih,banyak perkara yang perlu dipelajari,difikirkan,dihadamkan.
pada masa ini jugalah masa untuk kita mencari identiti kita.
berkawanlah dengan kawan yang mampu terima kita seadanya,dan ingin berubah bersama2 keranaNya.
bukan dengan kawan yang ingin kita berubah kerananya.
di usia remaja inilah tempoh kita mula menempuhi zaman dewasa,tetapi hanya dipenghujungnya saja.
bersedialah diri kita kerana cabaran di dunia dewasa lebih mencabar dan banyak.
kuatkanlah hati kita,banyakkanlah ingat kepadanya,kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

diri ini masih banyak kekurangan,jika terlihat tegur2lah.kerana setiap insan pasti akan melakukan kesalahan.
والله اعلم
========================================================================
"Tudung umpama payung didunia dan payung yang akan memayungi kita (wanita muslimah) dari kepanasan berjuta-juta kali ganda di akhirat. Apalah salahnya kita bertudung kerana Allah dan dapat memakainya dengan sempurna berbanding mengikut perkembangan fesyen tudung yang makin hari umpama tabarruj jahiliah.."-laman nurani(http://tazkirah.wordpress.com/category/kata-kata-hikmah/)

kata hati 69 : CINTA dan CITA-CITA

Posted: Monday, December 26, 2011 by اليف عمر in
5


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hurm,kembali menaiplah gayanya nih. :)
beberapa hari lagi nak memasuki tahun baru masihi.tahun 2012.
tahun yang digembar-gemburkan "end of the world" bakal berlaku. *orang putih lah.aku tak caya pon" 
hehhe,hari nih bukan nak cerita pasal 2012.Tapi berkenaan dengan tajuk diatas. *roll your eye to the title epp* 
CINTA dan CITA CITA.
perkara yang sering melanda mahasiswa/pelajar/student masa kini,
sebab apa hanya melanda pada golongan2 nih,sebab orang yang dah bekerja boleh dikatakan majoriti dah mencapai cita2nya. :) *majoriti ekk,bukan semua*
ada orang kata,kita kena utamakan CITA-CITA kita.sebab cinta sebelum kahwin nih tak kemana,
jadi stay focus on our study.CITA-CITA itu lebih PENTING!!it's for your own future.-orang yang kata,bukan aku.
ada juga orang kata,kita utamakan CINTA itu,sebab dengan cinta,dia boleh buat cita-cita kita lebih indah.-lagi sekali,orang yang kata,bukan aku.
ada juga orang berkata,kita kena seimbangkan antara CINTA dan CITA-CITA.Jangan lebih2kan antara dua nih.-as i said before,orang yang kata,bukan aku.

kat sini aku nak quotekan sikit penulisan blog seorang insan tentang kenapa kita kena utamakan CITA-CITA,link:http://kamimuslim.blogspot.com/2009/04/antara-cinta-dan-cita-cita.html
Cinta memang indah. Di sebalik keindahan itu ada penderitaan. Awal-awal bercinta macam terasa di syurga. Semua indah belaka. Namun, apa bila frust menonggeng rasa macam nak mati jer. Kalau boleh gantung diri, terjun dari bangunan. Terutama golongan wanita yang selalu dipermainkan oleh jantan dayus. Hanya mengharap mendapat apa yang diinginkannya. Apa bila mampu meregut maruah wanita mereka merasa puas. Kembali mencari mangsa seterusnya. Mempertuhankan nafsu dalam diri.
Sebagai pemangkin pemuda dan pemudi pada masa hadapan. Kita sepatutnya berusaha mengapai cita-cita yang diimpikan selama ni. Mak ayah kat umah mengharap sangat anaknya cemerlang dan mendapat kerja yang baik. Jangan sia-siakan harapan mereka. Terutama kepada sehabat-sahabatku yang bernama wanita. Yang berada jauh dari pengawasan mereka. Jagalah dirimu wahai saudariku. Peliharalah maruahmu. Capailah cita-citamu. Lupakanlah sebentar tentang cinta itu.

Carilah cinta yang hakiki, cinta manusia akan akan mati. Tapi, cinta Allah cinta yang hakiki. Membawa ketenangan. Membawa ketenteraman dalam diri dan hati kita. Sematkan Allah di hati. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyyah yang sanggup menolak pinangan Hasan Basri seorang ulama terkenal semata-mata mengharap cinta Ilahi. Tapi kita manusia. Perkahwinan adalah sunnah. Namun dari sisi besar cintanya pada Allah patut kita contohi.
so,apa pandangan kita dalam perkara ini?
bagi aku,dalam era yang pelbagai mehnah dan cabaran ini,
eloklah kita mengejar cita-cita kita terlebih dahulu,
tapi bagi yang dah berkemampuan,silakan.
takde orang yang nak menghalang. :)
tapi seandainya cinta yang kamu pilih,pilihlah yang mampu membawamu ke syurga.
cinta yang membimbing kita menjadi orang yang berguna kepada sesiapa sahaja.
sini juga saya ingin quotekan LAGI penulisan blog kenapa kita wajar utamakan CITA-CITA.link: http://jumarniabdurachman.blogspot.com/2009/11/antara-cinta-dan-cita-cita.html


Tak perlu tergesa-gesa untuk mencari dan tak perlu risau kenapa masih belum berpunya sebab bukankah Allah s.w.t dah tentukan jodoh untuk kita sejak azali lagi?

Di luar sana pasti ada insan yang tercipta untuk kita 
Mungkin ‘dia’ adalah teman-teman sekelas dahulu….
Mungkin ‘dia’ adalah teman-teman seperjuangan di kampus….
Mungkin ‘dia’ adalah dari kalangan saudara-mara kita sendiri…
Mungkin juga ‘dia’ adalah teman sekerja….
Dan tidak mustahil ‘dia’ adalah orang yang kita benci sebelum ni
Dan tidak mustahil ‘dia’ adalah orang yang kita rasa paling impossible untuk jadi suami kita..

Allah s.w.t telah menetapkan siapa jodoh saya. Saya masih tak tahu siapa, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi saya sentiasa berdoa agar dianugerahkan suami yang dapat membimbing diri ini menuju redha Ilahi.

‘ Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Al-Baqarah :186
 hurm,fikir2kan.sebenarnya aku sendiri pon terperangkap dengan situasi nih.
jadi mengharapkan bimbingan dari yang maha Esa untuk menunjukkan jalan yang benar.
memohon untuk sahabat2 juga membantu aku dalam menempuhi cabaran ini.
sekian sahaja kot. :) wallahu a'alam.
========================================================================
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, peringkat pembinaan sebuah daulah Islamiyah bermula dari pembentukan individu muslim, Keluarga muslim, masyarakat muslim, Negara muslim dan InsyaAllah daulah Islamiyah.

kata hati 68 : amanah

Posted: Saturday, November 12, 2011 by اليف عمر in
4



hari nih saja nak kongsikan khutbah yang didengar tengah hari tadi (11/11/2011)

Amanah Dijulang

11 November 2011 / 15 Zulhijjah 1432H
Sidang Jemaah yang di rahmati Allah,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh ketaatan, keyakinan dan keikhlasan. Iaitu dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.
Pada hari yang mulia ini marilah kita sama-sama menghayati khutbah yang bertajuk: Amanah Dijulang

Sidang Jemaah yang di rahmati Allah,
Kepimpinan adalah perkara asas dan terpenting yang wujud dalam setiap organisasi atau masyarakat. Seorang individu sekurang-kurangnya mempunyai amanah dan tanggungjawab terhadap dirinya. Seorang suami atau isteri mempunyai tanggungjawab terhadap rumah tangga dan keluarganya. Seorang imam bertanggungjawab terhadap jemaah solat pimpinannya. Seorang ketua masyarakat dan ketua negara mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat dan seluruh kepemimpinan mereka. Ini menunjukkan fungsi kepimpinan wujud di
semua peringkat mengikut tahap-tahap dan tugas-tugas tertentu. Justeru, setiap individu mempunyai tanggungjawab dan amanah pelbagai yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Renungkanlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda berkaitan kepimpinan dalam islam:

Bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadapnya, seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya, seorang khadam (pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya.”

Pemimpin juga sinonim dengan khalifah, imam dan amir. Menurut Islam, setiap pemimpin bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Mereka bertanggungjawab untuk menjaga segala perkara berkaitan akidah, syariat dan akhlak agar selari dengan kehendak dan tuntutan Islam. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjauhkan dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak serta tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil.

Sidang Jemaah yang di rahmati Allah,
Di dalam Islam, meminta atau menagih pangkat dan jawatan bukanlah amalan yang terpuji dan perlu dijauhi. Ini kerana Rasulullah SAW pernah menegur beberapa orang sahabat yang meminta dilantik ke suatu jawatan seperti nasihat Baginda kepada Abdurrahman bin Samurah dan Abu Dzar al-Ghifari RA. Sabda
Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdurrahman bin Samurah RA:

Bermaksud: wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan kerana apabila kamu diberi jawatan kerana meminta-minta, maka kamu akan dipertanggungjawabkan dengan jawatan itu sepenuhnya, akan tetapi jika kamu diberi jawatan tanpa meminta, maka kamu akan dibantu dalam melaksanakannya.”

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Dzar al-Ghifari RA bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
Bermaksud: Wahai Rasulullah kenapa engkau tidak memberi jawatan kepadaku? Baginda langsung menepukkan tangannya di atas bahuku, kemudian bersabda, “Ya Abu Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah dan jawatan itu amanah, pada hari kiamat ia akan menjadi penghinaan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan hak jawatan yang menjadi kewajipannya.”

Sidang Jemaah yang di rahmati Allah,
Kepimpinan dalam Islam bersifat sepadu yang menitikberatkan keseimbangan di antara roh dan jasad serta pembangunan spiritual dan material bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Untuk mencapai matlamat kepimpinan yang bersepadu tersebut, pemimpin mestilah dipilih daripada kalangan orang-orang bertakwa, berwibawa dan berkelayakan. Penyerahan kuasa kepada orang yang tidak berkelayakan dan sesuai menurut
Islam adalah mengkhianati perintah Allah dan Rasul-Nya. Kepimpinan di dalam Islam juga bukanlah kelebihan tetapi adalah amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan. Benarlah firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa ayat 58:


Justeru, setiap pemimpin dalam pelbagai peringkat mestilah berusaha mempertingkatkan kualiti diri dan kepimpinan ke tahap yang paling cemerlang. Kepimpinan dalam Islam bukanlah alat untuk memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup di dunia, malah ianya merupakan amanah berat yang dikendong dan wajib ditunaikan serta akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ingatlah, kelalaian dan kegagalan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut sama ada pemimpin keluarga atau rumah tangga, masyarakat atau negara akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di akhirat kelak.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Antara ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin yang mahu cemerlang ialah dengan menurut segala petunjuk yang terkandung dalam Al-Qur’an dan menjadikan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai contoh. Ini kerana Baginda adalah contoh teladan terunggul yang selayaknya diteladani. Baginda adalah ayah, suami, datuk dan rakan yang pengasih dan penyayang serta dikasihi oleh mereka yang berada disekelilingnya. Baginda bukan saja pemimpin agama yang
memurnikan keyakinan dan akidah umat manusia dari kegelapan kepada cahaya kebenaran, malah baginda juga adalah pemimpin yang berjaya menyusun pemerintahan yang terunggul meliputi segala bidang kehidupan manusia, politik, pentadbiran, pertahanan negara, ekonomi, pendidikan, kehidupan sosio budaya masyarakat dan sebagainya. Baginda juga seorang penggubal undang-undang, pembina akhlak dan nilai moral yang tinggi lagi terpuji. Bahkan dikalangan para nabi dan rasul, baginda adalah rasul terulung dan teragung, sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 21:


Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Kesimpulan khutbah yang dapat diambil pada hari ini ialah:
Pertama: Kepimpinan dan tanggungjawab wujud dalam semua peringkat kehidupan sama ada kepimpinan atau tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Kedua: Kepimpinan bukanlah alat untuk memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup, akan tetapi ia merupakan amanah berat yang wajib ditunaikan dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Ketiga:.Kepimpinan dalam Islam bersifat sepadu yang menitikberatkan keseimbangan pembangunan di antara roh dan jasad, spiritual dan material untuk mencapai kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 41:

 =======================================================================

ayat ini cukop untuk menceritakan tentang keegoan manusia dalam memegang amanah.ambil iktibar. :)

kata hati 67 : bersyukur

Posted: Tuesday, November 8, 2011 by اليف عمر in
9


salam sejahtera. :)
cuma ingin mengajak korang untuk menimbulkan rasa bersyukur kita kepada Allah diatas nikmat yang telah Dia berikan kepada kita tanpa berkira dengan kita walau sesen pun.
cuba kita bayangkan andai kata Allah berkira dengan kita,betapa juta ringgit malaysia (RM) yang kita perlu bayar kepadanya diatas nikmat yang dia berikan kepada kita?
jawapannya:tak ternilai.ini kerana nikmat yang Allah berikan kepada kita cukup2 banyak.jika nak dihitung,nescaya tak terhitungnya nikmat2 tersebut.
jadi,renung2kan dan hayati komik di bawah.
*komik tersebut diambil dari laman web deviantArt.

 

 



 lihat apa yang dikatakan dibawah sekali,
''adakan kamu rasa papan tanda yang pertama dan papan tanda yang kedua menyatakan perkara yang sama?
memang kedua2nya menunjukkan bahawa budak lelaki itu buta,tetapi yang pertama jelas menyatakan bahawa budak itu buta.manakala yang kedua memberitahu orang lain bahawa mereka sangat bertuah kerana mereka tidak buta.Tidakkah tidak rasa terkejut/hairan yang kedua lebih berkesan?"
daripada komik tuh kita dapat lihat beberapa perkara:
1. membantu orang yang kurang upaya.kerana ini adalah hak kita sebagai seorang manusia.kita perlulah membantu antara satu sama lain. :)
2.bijak dalam membuat ayat.kita lihat bagaimana lelaki itu mengubah ayat pada sign yang budak lelaki itu pegang.
3.bersyukur dengan nikmat yang diberikan. :)

tulah serba sedikit pengajaran yang ada,yang lain korang boleh fikir sendiri.
jadi marilah kita bersyukur kepada Allah kerana Allah akan menggandakan rezeki orang2 yang bersyukur,sebagaimana firmanNya:
"jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu" (surah Ibrahim ayat 7)
tak rugi untuk kita mengucapkan Alhamdulillah diatas nikmat yang Allah berikan kepada kita. :)

ingatlah sesungguhnya,
dengan bersyukur kita tidak akan rugi apa2
dengan bersyukur nikmat kita akan bertambah
dengan bersyukur kepercayaan kita kepada Allah akan bertambah
dengan bersyukur menjadikan kita hamba yang berterima kasih akan nikmat Allah.

sampai sini sahaja rasanya.sekadar berkongsi. :)
wallahu a'alam
========================================================================
You Ask.. اَللّه Gives..
You Sin.. اَللّه Forgives..
You Repent.. اَللّه Forgets..
You Request.. اَللّه Accepts..
You Cry.. اَللّه Listens..
You Call.. اَللّه Runs..
You Knock.. اَللّه Opens..
You Attend.. اَللّه Welcomes..
You Nag.. اَللّه Hears..
You Question.. اَللّه Solves..
You Plea.. اَللّه Resolves..
You Take.. اَللّه Provides..
You Insist.. اَللّه Grants..
Everything you do is about you! and Everything اَللّه does is about you!

kata hati 66 : 5/lima

Posted: Saturday, November 5, 2011 by اليف عمر in
4


asrama KI.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam sejahtera ke atas kamu :)
lama dah tak update blog ek *tiap kali update blog nih jek lar yang aku cakap ek* =="
urm,,sebab masalah teknikal jek.sebok dengan program sana sini,assignment sana sini.hahha.
budak uni lar katakan.tapi semua itu kini dah tiada. *buat sementara waktu*
speaking for MUET pon dah lepas,final exam pon dah lepas.
sekarang hanya tunggu result jek.doakan yang terbaik untuk diri ek. :) *gracias*
kini berada dalam mood cuti SEbulan.hoho.
berbeza dengan pelajar UIA dan UiTM,
cuti diorang PANJANG sangat. =="


entry kali nih tajuk dia lima/five/khamsah *bahasa arab*/wu*bahasa cina*
kenapa lima?hoho.
takde apa2 pon.just teringat pada lima keunikan semasa aku berada di KI dulu.
satu perkara yang bagi aku susah nak mencapainya andainya tiada usaha yang dilakukan. :)
senior2 time aku form 4 dulu sebut sebagai Five Uniqueness in KISAS.
terdiri daripada :
-teachers
-friends
-tarbiyyah
-ukhuwah
-bi'ah solihah


Teacher
kenapa perkataan ini dititik beratkan di sana?
sebab insan yang bernama guru inilah orang yang mencurahkan ilmunya kepada kitorang,
insan yang perlu dihargai.tanpa mereka bagaimana kita nak dapat ilmu?
abang2 senior menyuruh kami untuk menghormati mereka.
bagi aku,tanpa disuruh pon kami memang patut kena menghormati mereka.
sebab keredhaan mereka di atas ilmu mereka adalah amat penting.
lagipun mereka adalah pewaris nabi2.ini menunjukkan betapa tingginya darjat mereka. :)
jadi benda nih amat amat amat amat lahh penting.


Friend
sahabat/rakan/teman/kawan.elemen yang penting dalam kehidupan seseorang manusia.
tanpa sahabat,seseorang itu akan keseorangan.
di KI tak susah untuk aku mencari sahabat,kerana di sana tiada halangan 
seperti semangat kenegerian *mula2 tuh ada lar*,puak2 dan laen2.jadi mudah untukku berkenalan.
di KI kami dipupuk untuk bersahabat dengan semua orang,tak kira dia cakap kedah ka,kecek klate ko,cakak ganu ko,cakap kelumpo ke,semua adalah sama,tiada yang lebih,tiada yang kurang.
ini berlandaskan apa yang selalu diingatkan kepada kami dengan ayat Allah dalam surah Al-hujurat ayat 13 :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" 
ya,semulia2 insan adalah orang yang tinggi taqwanya.jadi,tiada jurang perbezaan diantara kami untuk menghalang kami dari bersahabat.


Tarbiyyah
pendidikan.pendidikan disini bukan bermaksud pendidikan seharian yang kita terima di dalam kelas.
tapi pendidikan di luar kelas *bukan ko-kurikulum* 
pendidikan ini kadang2 diberikan secara langsung dan tak langsung.hoho.
pelbagai aktiviti yang dilakukan,agar kami mendapat sesuatu daripadanya.
tak banyak nak ulas.kena rasa sendiri benda nih,


Ukhuwah
hubungan persaudaraan.umpama friends.benda ini memang memberi impak yang amat besar kepada kami,
perkara ini dapat aku rasai tatkala berpisah dengan sahabat2,
sehingga kini,perkara ini lah yang menghubung kami,ketika mana ada di antara kami yang pergi jauh,
di KI kami dididik dengan berta'aruf seorang demi seorang.
pada mulanya memang leceh,tertekan dengan kerja,dengan tugasan.
siapa yang nak bazir masa menghafal biodata orang?
tapi tanpa sedar,kitorang dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain. :)
akhirnya membawa kepada satu jalinan persaudaraan yang kuat, *moga berkekalan*


Bi'ah Solihah
persekitaran yang solehah/baik.benda ni melibatkan muamalah iaitu hubungan antara manusia dengan manusia yang lain.terdapat banyak program yang dilakukan untuk mewujudkan persekitaran ini.tapi bagi aku,persekitaran tuh memang dah wujud tanpa program di KI nih, :) kami disuruh oleh abang2 senior untuk menjaga ikhtilaat dengan muslimat (perempuan) sesama lelaki,jaga ukhuwah masing2.perkara ini boleh dilihat dengan jelas di sekolah.
jika di asrama mungkin kurang sedikit,
tak banyak perkara boleh ulas juga pasal perkara ini.


kenapa aku nak cakap pasal benda2 ini pada entry kali ini?
padahal aku bukan lagi pelajar di sana.da ex da pon.hoho
itu bukan masalahnya,cuma terlintas di fikiran untuk mengenang kembali apa yang aku dapat di sana.
kelima2 perkara ini sebenarnya diajar untuk dipraktikkan di mana2 kita berada.
di luar sekolah,di universiti,di luar negara,bahkan di luar KI pon boleh.
teacher tak bermakna perlu berada di sekolah,
sesiapa sahaja yang memberi ilmu kepada kita adalah guru,
jadi hormati lah teacher anda.
kawan bukan hanya di sekolah,
tapi di kawasan kejiranan,di asrama,di universiti,di mana2 kita berada
oleh itu,be friends with everybody,
pendidikan bukan sahaja berada di buku teks,
tetapi ada di persekitaran kita.pengaplikasian dalam pendidikan amat penting.
carilah tarbiyyah yang baik bukan yang buruk,
hubungan persaudaraan tidak dibina atas dasar apa2.
tetapi dibina atas dasar kasih  dan sayang seseorang muslim kepada muslim yang lain.
jadi,eratkanlah ukhuwah sesama kita agar tidak menjadi musuh disuatu hari kelak.
persekitaran yang baik akan mewujudkan masyarakat yang baik,
masyarakat yang baik akan mewujudkan negara yang baik.
oleh itu,wujudkan lar bi'ah solihah di mana jua kita berada.


*ntah lar.titibe rasa teringat plak zaman aku kat KI dulu,* 
*mood pelik2 je hari nih,tak tahu nak post apa.*


sekian sahaja kot.wallahu a'alam.
=============================================================================================
perubahan bermula dari dalam diri.
>sebelum mengubah dunia,
kita perlulah mengubah negara,
sebelum mengubah negara,
perlulah mengubah masyarakat,
sebelum mengubah masyarakat,
perlulah mengubah diri sendiri.<