kata hati 26:ramadhan
Posted: Sunday, August 30, 2009 by اليف عمر in
بسم الله الرحمن الرحيم
pejam celik pejam celik da 10 hari kite berpuasa.
adakah cukup amalam kebaikan yang kita lakukan sepanjang 10 hari nih??
aku pon tak taw sama ada amalan aku nih cukup ke untuk menampung aku di akhirat kelak.
hurm..
aku takut sama ada aku telah mensia-siakan bulan yang penuh barakah ini.
mungkin ada yang da taw,mungkin ada yang blom taw.
bulan RAMADHAN ada 3 fasa:
1-awal/permulaannya rahmat-
ini berlaku pada 10 hari awal di bulan ramadhan,di mana yang kita sedang lalui sekarang ini.
2-pertengahannya keampunan-
ini pada 10 kedua bulan ramadhan di mana kita akan tempuhi beberapa jam lagi.
3-dan pengakhirannya perlindungan dari api neraka-
ini pada 10 ketiga bulan ramadhan/penghujung bulan ramadhan.
di sini juga ada riwayat yang mengatakan akan adanya satu malam yang lebih baik daripada 1ooo bulan-LAILATUL QADAR.
bulan ramadhan tidak kurang banyaknya fadhilat & kelebihannya.
saya petik 1 hadith daripada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W:
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
menurut hadith ini,Rasulullah menyatakan bahawa pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.selain tuh juga,syaitan akan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
dan banyak lagi kelebihan di bulan ramadhan nih.
semoga kita dapat tingkatkan amalan di bulan yang penuh barakah ini.
jadi dalam kesibukan kita untuk menyambut kemerdekaan ini,
kita tidak lalai bahawa kita juga berada di dalam bulan mulia,
oleh itu,jagalah batasan kita ketika menyambut kemerdekaan dan moga kita
dapat mengawal nafsu kita.
waALLAHu a'lam.
===========================================================================
selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52!!
semoga ALLAH melindungi tanah air tercinta kita ni!!
amin..

