kata hati 40:sekadar renungan
Posted: Tuesday, April 27, 2010 by اليف عمر in
0
Dari sudut movie structure penulis berpendapat Filem Perempuan Berkalung Sorban (PBS) adalah sebuah filem 4 Act Structure. Malah boleh juga dikatakan filem 5 Act Structure. PBS pada penulis juga adalah sebuah filem yang menggunakan platform dan pendekatan cindarella type story line yang digerakkan oleh kekuatan protagonistnya. Dalam ertikata lain PBS adalah sebuah filem character driven story.
.
Dalam istilah skrip penulis dapat simpulkan PBS is an unpredictable and a very engagging cum moving story with a roller coster effect to the audience plus an earthshattering climax towards the end. Kerana itu tidak mustahillah PBS telah meraih 7 nominasi di FESTIVAL FILM BANDUNG 2009.
.
Penulis memuji tahap profesionalisme pembikinan filem ini. Perfect dalam segala sudut pembikinannya dari skrip, camera work, pengarahan, sountrack, editing, lagu latar, sinematographi dan characterizationnya. Tetapi penulis tidak setuju dengan banyak perkara tentang mesej yang cuba disampaikan secara tersirat atau sub-text dalam PBS ini.
.PBS jelas dan nyata adalah sebuah filem yang memperjuangkan fahaman Islam Liberal.
.
Story-Line :
- Objektif story line : PBS berlatarkan pertembungan golongan agama di pesantrean (atau kalau di Malaysia orang panggil Institusi Pondok) yang konservatif dan orthodok dengan golongan muda yang kononnya ingin membawa perubahan pada pemikiran kolot orang agama.
.
- Subjektif Story line : berputar pada sekitar seorang wanita (protaganist) yang mahu membebaskan dirinya dari kongkongan rutin hidup di pesantrean dan kisah cintanya yang terpaksa menempuh pelbagai konflik dan halangan.
.
Mesej yang ingin dibawa oleh PBS ialah tentang 'membebaskan diri dari kongkongan agama' yang pada golongan Islam liberal sangat konservatif dan orthodok. Golongan berfahaman Islam liberal berpegang pada fahaman Islam yang tulin dan sejati hanyalah Al Quran, Hadith dan Sunnah. Pada mereka Al Quran, Hadith dan sunnah boleh ditafsirkan melalui keupayaan aqli dan bukannya dirujuk dengan bersumberkan Boldafsiran ulama atau kitab-kitab ulama hadith mukhtabar dan al-Quran juga dianggap hanya sebagai teks shj.
.
Golongan fahaman Islam Liberal ini mahu membawa umat Islam ke arah yang berbeza kerana ianya memperjuangkan uslub Usul Christendom dan bukannya Usul Islam. Kerana itu golongan yang berfahaman Islam liberal kerap berkonfrontasi dengan golongan ulama tradisional atau institusi agama yang pada mereka bersikap terlalu konservatif, jumud dan sceptical pada had kebebasan wanita (feminisme). Kerana itu golongan Islam Liberal giat berjuang mahu melonggarkan ikatan agama tersebut.
.
Tema dan mesej PBS ini telah pun menimbulkan pertembungan pemikiran Islam liberal dan ulama konservatisma di Indonesia. Malah ada kalangan ulama di Indonesia yang mahu filem ini diharamkan.
.
Khabarnya ada usaha untuk membawa PBS ke Malaysia pada Jan 2010 nanti. Jika benar maka Lembaga Penapis Filem (LPF) patut mendapatkan pandangan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau tokoh agama berautoriti untuk menyatakan sikap dan pandangan mereka terhadap mesej tersirat yang terkandung dalam filem ini. Sekurang-kurangnya khalayak penonton kita akan punya panduan atau rujukan sebelum mereka menontonnya dari vcd/dvd yang mudah mereka perolehi dan beli dipasaran terbuka atau melalui youtube. Khalayak penonton mesti diajar menonton dengan ilmu Usul Islam dan bukannya dengan emosi kemaruk filem dan drama Indonesia. Khalayak penonton mesti di diberitahu atau diberi ilmu dan panduan tentang apa yang dikatakan 'Tajdid', 'Liberalisme dalam Islam' dan 'Islam Liberal'.
.
Masyarakat Islam di Malaysia kini masih keliru dengan perbalahan orang-orang agama dengan tertangkapnya mantan Mufti Perlis, Dr Asri oleh JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) atas tuduhan berceramah tanpa tauliah baru-baru ini. Jangan pula kemasukan PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN ini nanti menambahkan lagi kekeliruan umat islam di Malaysia terhadap amalan agama mereka.
.
Lagu latar PBS dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Tentunya ini satu strategi marketing penerbit PBS serta golongan berfahaman Islam Liberal disebalik PBS yang mahu mengembangkan fahaman Islam liberal mereka ke Malaysia kerana mereka tahu Siti Nurhaliza mempunyai pengikut yang ramai yang tentunya akan menanti-nanti tayangan PBS di Malaysia. Di Indonesia, puak-puak orientalis dan musuh-musuh ISLAM boleh penulis sifatkan usaha golongan laknatullah ini agak berjaya dengan pembawaan fahaman ISLAM liberal mereka ini ke negara teramai umat Islam itu.
.
Usaha JAKIM dan pihak berkuasa agama di negeri-negeri yang kerap mengadakan seminar dan forum berkaitan isu golongan berfahaman Islam Liberal ini akan menjadi sia-sia jika mereka tidak menyatakan sikap terhadap mesej tersirat yang ada di dalam PBS.
Bagi pembaca-pembaca novel, novel Tuhan Manusia hasil nukilan Faisal Tehrani banyak mengupas mengenai Islam Liberal dan isu murtad yang semakin berleluasa dan banyak fakta yang berguna dalam novel ini.
Fahaman Islam liberal yang semakin meluas di Indonesia cuba di hantar ke negara kita. Fahaman ini sgt2 bahaya kepada umat Islam kini terutamanya kpd pemuda2 kita yg sentiasa mahukan hiburan dan pembebasan.
sumber:badar SBPI Kubang Pasu
harap kita dapat renungkan,,di manakah kita sekarang ini.
============================================================
"yang meninggikan darjatnya adalah akal dan adabnya,bukan kerana keturunannya"-hukama'



