kata hati 44:kisah teladan
Posted: Wednesday, June 16, 2010 by اليف عمر inالسلام عليكم ورحمة الله
LUQMAN AL HAKIM.(lelaki soleh yang bijaksana)
Luqman al-Hakim dikatakan oleh sebilangan ulama adalah seorang nabi.Namun,jumhur ulama menjelaskan bahawa Luqman al-Hakim merupakan seorang lelaki yang soleh yang beriman kepada ALLAH SWT.Imam Said bin Musayyib meriwayatkan bahawa Luqman al-Hakim berasal dari negara Sudan dan merupakan seorang lelaki yang berkulit gelap.Namun begitu,nama Luqman al-Hakimnasyhur dan sentiasa dikenang kerana wasiat yang ditinggalkan kepada anakandanya.
Diriwayatkan dlam suatu kisah,ada seorang lelaki berkulit hitam datang menemui Imam Said bin Musayyib dengan penuh kesedihan.Lalu,Imam Said bin Musayyib berkata kepada lelaki itu:"Janganlah kamu bersedih kati kerana kulitmu yang hitam.Sesunggahnya antara manusia yang terbaik (disisi ALLAH SWT) adalah mereka yang berkulit hitam iaitu Bilal,Mahjak dan Luqman al-Hakim."
Dalam kebanyakan riwayat mengatakan,Luqman al-Hakim adalah seorang hamba yang bekerja sebagai seorang tukang kayu.Pada suatu hari,tuan Luqman menyuruh Luqman menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik.Perintah itu dilaksanakan Luqman dan dibawa kepada tuannya dau ketul daging yang terbaik iaitu hati dan lidah.Keesokan harinya,tuannya menyuruh Luqman menyemblih seekorkambing lain pula dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terburuk.Perintah itu dilaksanakan oleh Luqman dan dibawa kepada tuannya itu dua ketul daging yang terburuk iaitu hati dan lidah.
Tuannya pelik dan bertanya kepada Luqman maksud perbuatannya itu.Lalu,Luqman menerangkan kepada tuannya:"Wahai tuan,sesungguhnya bagi orang yang mulia,hati dan lidah merupakan barang terbaik dan berharga yang dimilikinya dan bagi mereka yang keji,hati dan lidah merupakan barang terkeji dan tidak bernilai yang ada dalam dirinya."Begitulah cintoh kebijaksaan yang dimiliki oleh Luqman al-Hakim.
******************************************************************************************
Walaupun sibuk dengan tugasannya,Luqman al-Hakim tidak pernah lupa mendidik anaknya agar berpegang teguh pada agama.Pada suatu hari anaknya bertanya:
"Wahai ayahku,apabila manusia ingin menjadi baik,apakah perkara utama yang perlu dimilikinya?"Luqman menjawab:"Agama."
Anaknya bertanya lagi:"Jika dua perkara?"Luqman menjawab:"Agama dan harta."
Anaknya bertanya lagi:"Jika tiga perkara?"Luqman menjawab:"Agama,harta dan malu."
Anaknya bertanya lagi:"Jika empat perkara?"Luqman menjawab:"Agama,harta,malu dan akhlak yang mulia."
Kemudian anaknya bertanya lagi:"Jika lima perkara."Luqman menjawab:"Agama,harta,malu,akhlak yang mulia dan pemurah."
Dan soalan terakhir anaknya:"Bagaimana pula jika enam perkara?"
Luqman al-Hakim menjawab:"Wahai anakku,apabila kelima-lima perkara ini berhimpun dalam diri seseorang itu(agama,harta,malu,akhlak yang mulia dan pemurah),maka orang itu adalah insan yang brsih lagi bertaqwa.ALLAH SWT akan memeliharanya dan dia akan terselamat daripada hasutan dan godaan syaitan."
============================================================================
dari Nu'man bin Basyir,Rasulullah S.A.W bersabda:"perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling menyayangi dan saling menyintai,bagaikan satu tubuh,apabila salah satu anggotanya merasa sakit,maka seluruh tubuhnya merasa terganggu,seperti tidak dapat tidur atau demam." (hadith riwayat muslim)

