kata hati 60:guru
Posted: Monday, May 16, 2011 by اليف عمر in
0
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
bagi aku mereka adalah insan yang paling penting selepas ALLAH,Rasul,Agama,ibubapa.
tanpa mereka,
kita hanyalah insan biasa yang buta huruf dan tidak tahu apa2.
betul.
setiap patah yang diluahkan oleh mereka umpama mutiara,
jika tidak dikutip,maka insan yang paling rugi adalah KITA.
setiap air liur mereka tidak patut dipersiakan begitu sahaja
orang kata cikgu nih umpama lilin,membakar diri menerangi orang di sekeliling.
tanpa mengendahkan diri mereka yang bakal cair terbakar.
begitulah mereka,
mencurahkan ilmu kepada pelajar2 mereka,
tanpa mengendahkan penat lelah yang mereka hadapi.
dengan harapan melihat anak2 murid mereka cemerlang di mata dunia.
walaupon terlakar senyuman di muka mereka,
tetapi,penat di badan hanya tuhan yang tahu.
jadi,
wajarlah kita berusaha bersungguh2 agar dapat membalas jasa mereka satu hari nanti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dengan ini,
saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru2 yang telah mendidik saya sama ada secara langsung atau tidak langsung,terutama guru2 di:
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lai Meng.
Sekolah Rendah Agama Kg Dato' Keramat (sesi pagi:darjah 1-3/sesi petang:darjah 4-6)
Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya (Kelas Aliran Agama:form 1-3)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (kelas sains tulen agama:form 4-5)
doakanlah saya agar berjaya di masa hadapan,
dan dapat menempuhi kehidupan sebagai mahasiswa dengan cemerlang.
========================================================================
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.
Khalifah ‘Umar


