kata hati 63 : 7 jam
Posted: Sunday, August 14, 2011 by اليف عمر in
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam ramadhan almubarak,, :D
sebagai peringatan kepada kita yang alpa ini apabila diuji olehnya dengan dugaan yang pelbagai.
semoga dapat mengambil ibrah~ :D
sebagai peringatan kepada kita yang alpa ini apabila diuji olehnya dengan dugaan yang pelbagai.
semoga dapat mengambil ibrah~ :D
Kenapa kita di uji ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)
Kenapa Aku tad Dapat Apa Yang Diidamkan ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 216)
Kenapa Ujian Seberat Ini ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah: 286)
Kenapa Rasa Lemah ?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran: 139)
Bagaimana Harus Di Hadapi ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(Surah Al-Imran: 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah: 45)
Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (Surah At-Taubah: 111)
Kepada Siapa Aku Berharap ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah: 129)
Aku Tak Dapat Bertahan ?
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 12)
hoho,,semua ini peringatan untuk aku juga yang diuji oleh Allah pada 12/8/2011 yang lepas,,
masa naek KTM (Keretaapi Terlaju Malaysia),
tren tuh betul2 menguji kesabaran aku daripada memaki hamun orang pada bulan yang mulia ini,,
tapi bila dipikir balek jika dibandingkan ujian yang aku terima ini
dengan ujian yang diterima oleh saudaraku di negara2 yang bergolak ini,
layakkah aku untuk mengadu domba?
layakkah aku untuk berputus asa?
sedangkan mereka menerima ujian yang lebih berat dari diri aku yang serba lemah ini.
lagipun,apa yang berlaku di KTM tuh,pihak mereka sendiri pon tak mahu perkara itu berlaku,
mereka pon inginkan perkara yang terbaek untuk penumpang2 mereka,
oleh itu janganlah kita menyalahkan mereka dengan pelbagai tohmahan dan cacian.
terimalah dengan hati yang sabar dan tenang,
ingatlah bahawa Allah menguji kita tanpa kita sedari,
dengan itu,
kita perlu bersedia walaupon di mana kita berada.
sampai sini je kot.wallahu a'alam.
maafkan insan yang selalu buat silap ini.
current situation : dilemma nak pergi ke tak majlis iftar bersama sahabat2 Kolej Islam.exam lagi 1 paper jekk!! XD
===========================================================
rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud :" berapa ramai yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan dahaga " (riwayat ibn majah)



as-sabru minalimaan.. =)