kata hati 64:sebak
Posted: Monday, August 29, 2011 by اليف عمر in
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
terlintas pula nak update blog hari nih walaupun da lewat malam.
saat demi saat berlalu,detik demi detik meninggalkan kita,
tuptup ramadhan kini tiba di penghujungnya.
sungguhku tak percaya.sangat2 tak percaya.
sebab apa?amalan aku masih tidak cukup,banyak lagi perkara yang aku ingin lakukan di bulan ini.
tapi apakan daya,itulah kenyataan.
ramadhan bakal meninggalkan kita.
suasana sekeliling?
ada yang gembira,ada yang sedih,ada yang tak rasa apa-apa.ada yang tak ambil kisah langsung.
hurm,
bagi aku,ketibaan syawal ini patut disambut dengan gembira disamping dengan sedih kerana pemergiann ramadhan merupakan sesuatu yang begitu penting.
kerana pada bulan ramadhanlah amalan kita digandakan,
kerana pada bulan ramadhanlah terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan,
kerana pada bulan ramadhanlah Al-Quran diturunkan kepada Nabi S.A.W.
sedih bukan?bulan yang penuh barakah ini bakal meninggalkan kita.
kawan aku ada post benda nih kat FB:
"janganlah menjadi hamba ramadhan kerana sesungguhnya ianya tak berkekalan,,
tapi jadilah hamba kepada Allah yang Esa kerana sesungguhnya Dia berkekalan dan tiada tuhan selainNYA.
dan apabila beribadah,beribadahlah kerana Allah."
betul,
sebab kadang-kadang sesetengah daripada kita beribadah hanya apabila tibanya ramadhan,
apabila perginya ramadhan,kembali kepada perangai yang lama.tidakkah itu merugikan?
buat amalan banyak-banyak hanya pada bulan ramadhan,di bulan lain,segalanya diabaikan,dilengah-lengahkan.
adalah lebih baik untuk kita melakukan amalan dengan kuantiti yang sikit,tetapi kualitinya baik berbanding dengan amalan yang kuantiti yang banyak tetapi kualitinya kurang.
tulahkan,semoga amalan kita diterima.
:)
=========================================================================
tahun ini,lepas cuti raya je,
ada kawan-kawan yang akan berangkat merentasi benua.
hahha.ada yang suka bersama mereka,ada yang duka bersama mereka.
tapi semua itu akan dinukilkan menjadi kenangan diingatan. :)
semoga mereka dapat menyesuaikan diri di sana,
semoga mereka dapat manfaat disana dan boleh membawa manfaat kepada diri ini dan masyarakat.
semoga mereka boleh memberi manfaat kepada masyarakat islam.
inshaAllah.
sedih juga kot. :DD
=========================================================================
memandangkan ramadhan sudah ingin melabuhlan tirainya.
di kesempatan ini saya Muhammad Alif Omar bin Abdul Jalil ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir batin.andai ada salah silap.sesungguhnya diri ini tak pernah terlepas dari membuat silap. :)
=========================================================================
p/s:tak tawu nape post kali nih agak formal taipannya?hahha.musykil2.
*********************************************************************************************
Aku melihat Ramadhan dari kejauhan,
lalu aku sapa ia,"hendak kemana?"
dengan lembut ia berkata,
"maaf,aku harus pergi.mungkin lama.tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin.Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya,peluklah Istiqamah saat dia kelelahana dalam perjalanan Taqwa.itupun SYAWAL,ia sudah tiba."
ku lihat Ramadhan pergi,,jauh meninggalkan aku.dengan perlahan-lahan ia hilang dari pandangan.
'Ya Allah,apakah aku akan berjumpa lagi dengannya?'



agak sebok. TT.TT
tp apakan daya. Moga kita semua mendekatkan diri pada Allah bukan sahaja di bulan ramadhan namun dibulan2 yg lain. Selangkah kita dekat dgn Allah, seribu langkh Dia dekat dgn kita. Ini krna Allah hnya akn menerima doa2 mrka yg suci dari dosa dan jg doa2 mrka yg dekt denganNYA.. Allah..