kata hati 69 : CINTA dan CITA-CITA
Posted: Monday, December 26, 2011 by اليف عمر in
hurm,kembali menaiplah gayanya nih. :)
beberapa hari lagi nak memasuki tahun baru masihi.tahun 2012.
tahun yang digembar-gemburkan "end of the world" bakal berlaku. *orang putih lah.aku tak caya pon"
hehhe,hari nih bukan nak cerita pasal 2012.Tapi berkenaan dengan tajuk diatas. *roll your eye to the title epp*
CINTA dan CITA CITA.
perkara yang sering melanda mahasiswa/pelajar/student masa kini,
sebab apa hanya melanda pada golongan2 nih,sebab orang yang dah bekerja boleh dikatakan majoriti dah mencapai cita2nya. :) *majoriti ekk,bukan semua*
ada orang kata,kita kena utamakan CITA-CITA kita.sebab cinta sebelum kahwin nih tak kemana,
jadi stay focus on our study.CITA-CITA itu lebih PENTING!!it's for your own future.-orang yang kata,bukan aku.
ada juga orang kata,kita utamakan CINTA itu,sebab dengan cinta,dia boleh buat cita-cita kita lebih indah.-lagi sekali,orang yang kata,bukan aku.
ada juga orang berkata,kita kena seimbangkan antara CINTA dan CITA-CITA.Jangan lebih2kan antara dua nih.-as i said before,orang yang kata,bukan aku.
kat sini aku nak quotekan sikit penulisan blog seorang insan tentang kenapa kita kena utamakan CITA-CITA,link:http://kamimuslim.blogspot.com/2009/04/antara-cinta-dan-cita-cita.html
Cinta memang indah. Di sebalik keindahan itu ada penderitaan. Awal-awal bercinta macam terasa di syurga. Semua indah belaka. Namun, apa bila frust menonggeng rasa macam nak mati jer. Kalau boleh gantung diri, terjun dari bangunan. Terutama golongan wanita yang selalu dipermainkan oleh jantan dayus. Hanya mengharap mendapat apa yang diinginkannya. Apa bila mampu meregut maruah wanita mereka merasa puas. Kembali mencari mangsa seterusnya. Mempertuhankan nafsu dalam diri.so,apa pandangan kita dalam perkara ini?
Sebagai pemangkin pemuda dan pemudi pada masa hadapan. Kita sepatutnya berusaha mengapai cita-cita yang diimpikan selama ni. Mak ayah kat umah mengharap sangat anaknya cemerlang dan mendapat kerja yang baik. Jangan sia-siakan harapan mereka. Terutama kepada sehabat-sahabatku yang bernama wanita. Yang berada jauh dari pengawasan mereka. Jagalah dirimu wahai saudariku. Peliharalah maruahmu. Capailah cita-citamu. Lupakanlah sebentar tentang cinta itu.
Carilah cinta yang hakiki, cinta manusia akan akan mati. Tapi, cinta Allah cinta yang hakiki. Membawa ketenangan. Membawa ketenteraman dalam diri dan hati kita. Sematkan Allah di hati. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyyah yang sanggup menolak pinangan Hasan Basri seorang ulama terkenal semata-mata mengharap cinta Ilahi. Tapi kita manusia. Perkahwinan adalah sunnah. Namun dari sisi besar cintanya pada Allah patut kita contohi.
bagi aku,dalam era yang pelbagai mehnah dan cabaran ini,
eloklah kita mengejar cita-cita kita terlebih dahulu,
tapi bagi yang dah berkemampuan,silakan.
takde orang yang nak menghalang. :)
tapi seandainya cinta yang kamu pilih,pilihlah yang mampu membawamu ke syurga.
cinta yang membimbing kita menjadi orang yang berguna kepada sesiapa sahaja.
sini juga saya ingin quotekan LAGI penulisan blog kenapa kita wajar utamakan CITA-CITA.link: http://jumarniabdurachman.blogspot.com/2009/11/antara-cinta-dan-cita-cita.html
Tak perlu tergesa-gesa untuk mencari dan tak perlu risau kenapa masih belum berpunya sebab bukankah Allah s.w.t dah tentukan jodoh untuk kita sejak azali lagi?hurm,fikir2kan.sebenarnya aku sendiri pon terperangkap dengan situasi nih.
Di luar sana pasti ada insan yang tercipta untuk kita
Mungkin ‘dia’ adalah teman-teman sekelas dahulu….
Mungkin ‘dia’ adalah teman-teman seperjuangan di kampus….
Mungkin ‘dia’ adalah dari kalangan saudara-mara kita sendiri…
Mungkin juga ‘dia’ adalah teman sekerja….
Dan tidak mustahil ‘dia’ adalah orang yang kita benci sebelum ni
Dan tidak mustahil ‘dia’ adalah orang yang kita rasa paling impossible untuk jadi suami kita..
Allah s.w.t telah menetapkan siapa jodoh saya. Saya masih tak tahu siapa, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi saya sentiasa berdoa agar dianugerahkan suami yang dapat membimbing diri ini menuju redha Ilahi.
‘ Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Al-Baqarah :186
jadi mengharapkan bimbingan dari yang maha Esa untuk menunjukkan jalan yang benar.
memohon untuk sahabat2 juga membantu aku dalam menempuhi cabaran ini.
sekian sahaja kot. :) wallahu a'alam.
========================================================================
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, peringkat pembinaan sebuah daulah Islamiyah bermula dari pembentukan individu muslim, Keluarga muslim, masyarakat muslim, Negara muslim dan InsyaAllah daulah Islamiyah.



yeah. carilah cinta hakiki yang akan membawa mu ke syurga kelak. cinta manusia tidak akan membawa mu ke mana-mana. boleh jadi juga orang yang kamu cintai bukan jodoh kamu yang sebenar. jadi,, focus kpd CITA-CITA dan CINTA ALLAH terlebih dahulu.
khair insha Allah. :)